JABATAN Mufti Negeri Selangor mememutuskan hari ini adalah hari terakhir Syawal berdasarkan kedudukan bulan dan matahari.
Menerusi perkongsian di Facebook semalam, ia memaklumkan ijtimak bulan berlaku pada 30 Mei 2022 jam 7.32 malam.
“Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada hari ini (semalam) iaitu Isnin, 29 Syawal 1443 Hijrah mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria imkanurrukyah.
“Maka keesokan hari (hari ini), 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawal 1443 Hijrah,” katanya menerusi hantaran itu.
Maka dengan itu, jabatan tersebut memaklumkan 1 Zulkaedah 1443 Hijrah ditetapkan pada esok iaitu Rabu 1 Jun 2022.
Jabatan Mufti Negeri Selangor turut berkongsi info grafik kedudukan bulan pada 30 Syawal 1443 Hijrah. – Malaysiapost


