Netizen puji Ebit Lew dukung, memanjakan isteri

0
3

TINDAKAN pendakwah bebas Ebit Lew mengayakan trend ‘Angkat Ayang’ di aplikasi TikTok telah mencuri perhatian netizen.

Pendakwah berusian 38 tahun itu kelihatan ‘sporting’ untuk mengikut trend terbaru di aplikasi TikTok ketika ini

Menerusi klip video di TikTok miliknya, Ebit tidak kekok melakukan cabaran yang sedang popular itu bersama isterinya dengan mengenakan persalinan raya sedondon berwarna hitam.

Berlatar belakang lagu rancak DJ Premium Mashup Old Mengkane, Ebit cuba mendukung isterinya yang keluar dari kereta sebelum masing-masing tersenyum ceria memandang ke arah kamera.

Klip video berdurasi 14 saat itu mendapat 5.1 juta tontonan dan lebih 10,000 komen netizen yang rata-rata memuji aksi ‘sweet’ dan romantis pendakwah tersebut.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan suami isteri berkenaan, malah beberapa gadis menaruh hasrat yang sama untuk ‘diangkat’ oleh pasangan apabila hubungan sudah diijabkabul nanti.

“Alahai comel sangat ustaz dukung isteri, saya pun nak juga macam tu bila dah kahwin nanti.

“Alhamdulillah, dapat lihat isteri ustaz sayang sangat padanya.

“Dah pandai ayang ayang sekarang, apapun ustaz memang comel dukung isteri,” kata beberapa netizen. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here