Dakwa Roblox ‘games sampah’, Influencer nasihat ibu bapa pantau anak

0
2

INFLUENCER keibubapaan, Mohd Fhais Salim mendedahkan permainan dalam talian popular, Roblox berbahaya untuk kanak-kanak kerana memberi pelbagai impak negatif termasuk berkaitan isu seksual.

Menerusi tulisannya di Facebook, beliau berkata, Roblox yang juga permainan atas talian yang sangat popular di kalangan kanak-kanak seluruh dunia ketika ini, perlu dipantau ibu-bapa.

“Bahaya roblox yang semua ‘parent’ kena tahu sebelum bagi anak main.

“Nampak macam biasa je ‘games’ budak budak ni tapi sebenarnya banyak impak negatif pada otak anak-anak kita,” tulisnya.

Mengulas mengenai bahaya ‘game’ berkenaan, beliau berkata, permainan itu mengajar mereka tentang tubuh badan dan isu seksual dengan cara yang salah.

“Ini bahaya! Games ni mengalakkan seks bebas, dengan sesiapa pun boleh. ‘Adult content’ di dalam games tersebut tidak terkawal, bersepah.

“Anak belajar perkataan ‘crush’, ‘dating’, ‘sex & private part’ semuanya dalam games ni. Eii, seram sungguh la,” katanya.

Beliau berkata, walaupun secara maya, ia memberi kesan terhadap otak anak yang sudah di ‘brainwash’ termasuk dibimbangi menerima perkara salah sebagai betul.

“Lagipun sesiapa sahaja boleh main games ni, tak kira umur dan jantina, tak mustahil pedofilia pun mencari mangsa dari sini.

“Tiga benda ni memang berleluasa dalam roblox iaitu seks, buli dan keganasan.

“Banyak lagi tapi tak sanggup nak tulis lagi, kesimpulannya jangan la bagi anak main ‘games sampah’ begini,” katanya.

Hantaran yang dikongsi semalam itu, mendapat maklumbalas pelbagai daripada netizen terutama ibu bapa dengan ada yang bersetuju dan menolak dakwaan Mohd Fhais.

Wiya Chan berkata: “Bukan ni je ada video juga ada ajar anak bukan-bukan seram.. ajar anak pukul-pukul. Anak buah saya ada tengok diaorang pun terikut.. bahaya sungguh.”

Salwa Mustafa Din berkata: “Roblox ni game dalam game. Tak semua game yang tidak elok, ada yang game ‘Malaysian developer’ buat siap pakai baju Melayu, solat berjemaah, pergi kelas/sekolah belajar sama-sama dan lain-lain.

“Ada satu ‘feature’ dalam roblox, user boleh report sekiranya ada unsur yang kurang baik,” tulisnya dalam ruangan komen.

Untuk rekod, Roblox adalah platform atas talian yang menyediakan pelbagai ‘game’ yang dibuat oleh pemaju.

Tidak dinafikan, Roblox boleh merangsang kreativiti anak-anak untuk mencipta permainan sendiri dengan mudah selain mampu menjana duit. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here