Khir Toyo mahu kembali bertanding, yakin diterima di Sungai Besar

0
2

BEKAS Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyatakan hasrat untuk bertan­ding di Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jika direstui pucuk pimpinan Umno.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang di bawah Parlimen Sungai Besar itu seterusnya yakin penerimaan dan sokongan rakyat terhadapnya kuat, seterusnya membantu Umno merampas semula kerusi berkenaan.

“Niat saya (bertan­ding) kerana mahu memastikan kemenangan parti dan bukannya ada tujuan lain.

“Namun, saya menye­rahkan keputusan itu kepada pucuk kepimpinan tertinggi parti,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Terdahulu isu kerusi Parlimen Sungai Besar menjadi tumpuan selepas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dikatakan mengintai kerusi berkenaan.

Khabar angin itu dikuatkan dengan kenyataan Umno Sungai Besar yang sedia “membuka jalan” buat Tengku Zafrul.

Sementara itu Mohamad Khir enggan mengulas khabar angin Tengku Zafrul akan bertanding di kerusi berkenaan.

“Saya tidak mahu komen kerana tidak pernah berjumpa Tengku Zafrul. Namun, saya ingin tegaskan jika beliau terpilih (bertanding), kita perlu pastikan kerusi itu menang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here