Gandingan Anwar-Rafizi kekalkan PKR sebagai parti retorik – Puad

0
2

SEORANG pemimpin Umno hari ini menyifatkan gandingan baharu kepimpinan PKR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli, akan mengekalkan parti tersebut sebagai parti retorik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata gandingan kedua-dua pemimpin tersebut juga tidak memberi jaminan bahawa PKR adalah parti reformasi, seperti disebut-sebut Anwar.

“Gandingan baru Anwar-Rafizi mengekalkan PKR sebagai parti retorik. Kedua duanya pakar persepsi. Mereka berdua memang sebati,” tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Keputusan tidak rasmi pemilihan PKR setakat malam tadi menyaksikan Rafizi menang jawatan Timbalan Presiden PKR.

Kemenangan bekas Ahli Parlimen Pandan itu diperoleh hasil undi tertinggi yang diraihnya iaitu 66,359 di kebanyakan cabang di negeri-negeri.

BACA LAGI: Rafizi dahului Saifuddin, 4 negeri berjaya ditawan

Mengulas lanjut, Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor berkata, kemenangan besar Rafizi amat mengejutkan.

Katanya lagi, ia adalah penolakan terhadap Anwar dan tekanan kepada Presiden PKR itu supaya bersara awal.

“Pengaruh Anwar merosot luar dan dalam. Majoriti ahli PKR memberi signal, Anwar bukan lagi poster boy atau calon Perdana Menteri yang boleh diharap.

“Apatah lagi ramai pemimpin pro Anwar tewas di peringkat cabang,” katanya.

Menurut Puad, seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempunyai kelayakan tetapi kesetiaan pada parti ketika susah dan senang tidak dapat membantunya untuk menang.

“Putar alam macam Rafizi lebih diterima,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here