Shiha Zikir menang besar

0
1

PENYANYI dan pelakon, Shiha Zikir diumumkan pemenang kategori Top Top MeleTOP Wanita pada Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) malam tadi.

Ia sekali gus melayakkan Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 34, membawa pulang RM10, 000 dan trofi.

Nurshiha Mohd Zikir, 34.

Pelantun lagu Irama itu turut menyapu bersih empat trofi menerusi kategori Grup/Dua MeleTOP, Lagu MeleTOP (Aewo), Bintang Filem MeleTOP (Hantu Bonceng) dan Artis Versatil MeleTOP dan RM5,000 bagi setiap kategori.

Dalam masa sama, penyanyi Khai Bahar diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Top Top MeleTOP Lelaki sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 berserta trofi.

Khai turut mengungguli kategori Penyanyi MeleTOP dan Program MeleTOP: Konsert Minggu Ini #123 turut melayakkannya membawa pulang trofi dan RM5,000 bagi setiap kemenangan.

Setiap pemenang dipilih berdasarkan undian tertinggi dalam kalangan calon Top 5 bagi setiap kategori.

Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), AME 2021 dihoskan tiga gandingan pengacara sensasi popular, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

AME 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Januari lalu terpaksa ditangguhkan susulan peningkatan kes Covid-19. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here