Pemilihan PKR: Hans Isaac, Altimet tewas Ketua Cabang Ampang

0
2

PENGARAH dan pelakon, Datuk Hans Isaac tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang bagi Pemilihan PKR kali ini.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, memperoleh 609 undi sementara pesaing yang juga selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, turut tewas, memperoleh 589 undi, lapor Berita Harian.

Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.

Sementara itu di Cabang Pandan, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menang jawatan Ketua Cabang Pandan selepas memperoleh 548 undi mengatasi pencabarnya, Mohamad Rashidi Hasan yang memperoleh 373 undi.

Sementara di Cabang Gombak, menepati ramalan apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari menang bagi jawatan Ketua Cabang Gombak mengatasi pesaingnya, yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador.

Amiruddin memperoleh 1,858 undi mengatasi Farhash yang memperoleh 1,215 undi.

Sehingga kini, tiga negeri sudah mengumumkan keputusan bagi pemilihan PKR iaitu Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here