Ketua Pemuda PAS solat Jumaat berimamkan Ketua Pemuda Umno

0
2

MESKIPUN dalam politik hubungan Pas dan Umno dilihat semakin meregang terutama dalam Muafakat Nasional (MN), namun bukan dalam agama.

Perkara ini boleh dilihat apabila Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini menunaikan solat Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan diimamkan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkongsikan foto dan kapsyen yang turut memuji alunan suara Asyraf membaca ayat-ayat suci Al-Quran ketika mengimamkan solat Jumaat itu.

“Solat Jumaat di PWTC hari ini berimamkan Datuk Dr Asyraf Wajdi, merdu juga suaranya..,” tulisnya.

Sementara itu, Asyraf turut berkongsikan perkara itu di laman Facebooknya dan memaklumkan solat Jumaat diimamkannya hari ini disertai Ahmad Fadhli dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Selesai mengimamkan solat Jumaat di PWTC sebentar tadi disapa Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda PN Ustaz Ahmad Fadhli Shaari yang bersama-sama solat Jumaat di PWTC.

“Turut bersolat jumaat tadi Datuk Seri Najib Razak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here