Zuraida elok dikekalkan sebagai menteri – Mohd Khairuddin

0
2

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berpandangan Datuk Zuraida Kamaruddin perlu kekal sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Mohd Khairuddin berpendapat walaupun mengumumkan keluar Bersatu untuk sertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), Ahli Parlimen Ampang itu elok dikekalkan jawatan Kabinet sehingga pembubaran Parlimen.

“Saya berpandangan elok dikekalkan YB Zuraida sehingga pembubaran parlimen yang sudah tidak lama pun.

“Paling lama setahun sahaja lagi. Perubahan Menteri memberi kesan besar kepada kementerian,” katanya dalam satu kenyataan, di Facebook hari ini.

Menurutnya, menteri baharu memerlukan masa untuk memahami selok belok kementerian apatah lagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang melibatkan sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang besar bagi negara khususnya pendapatan eksport.

“Perubahan pula tentu akan berlaku kepada pengerusi dan pegawai utama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilantik oleh Menteri sekarang.

“Ia juga melibatkan kos untuk sebarang perubahan Menteri. Dalam sepenggal ini Kementerian ini telah mempunyai tiga menteri,” katanya.

Beliau berkata, jika rombakan tak dapat dielakkan kerana keperluan parti Bersatu maka beliau mencadangkan Timbalan Menteri sekarang Datuk Willie Mongin dilantik sebagai Menteri mewakili Bersatu.

“Ini agar kesinambungan kerja di Kementerian dapat diteruskan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here