Wira Putra saran kerajaan wujudkan pelan pemerkasaan bekalan rantaian makanan negara

0
1

KERAJAAN disaran mewujudkan pelan kajian pemerkasaan bekalan rantaian makanan dan seterusnya menjadikan ia sebagai dasar penting negara.

Ketua Pergerakan Wira Putra Malaysia Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, berkata kenyataan dengan jaminan secara lisan tidak membawa apa-apa kesan secara langsung terhadap penyediaan bekalan makanan dan kestabilan harga barang untuk kegunaan domestik jangka panjang.

Menurutnya, ketika ini negara mengalami kekurangan bekalan ayam, dan pelbagai fakta dan sebab telah dikemukakan.

“Namun ini tidak mustahil akan berlaku krisis bekalan makanan ini lagi pada barang-barangan lain seperti hasil laut dan sayur-sayuran.

“Trend dalam tempoh sepuluh tahun ini sahaja sudah pelbagai jenis barangan yang telah terganggu penyediaan bekalannya termasuk gula, bawang dan daging,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata Wira Putra mencadangkan semua agensi berkaitan pertanian, perikanan dan penternakan diletakkan di dalam satu pasukan petugas khas.

Menurutnya, ia bagi membolehkan kawalan harga barang, bekalan barang dan pemerkasaan tenaga kerja muda dalam bidang berkenaan dilakukan.

“Ini bagi membolehkan jaminan bekalan untuk masa depan setidaknya lebih meyakinkan berbanding sekadar dalam bentuk kata-kata,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here