SEJAK Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah 40 Ahli Parlimen melompat parti dan disebabkan itu, harus disegerakan Undang-Undang Anti Lompat Parti, kata Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Menurutnya, terbaharu hari ini ini membabitkan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
“Sebab itulah harus disegerakan Undang-undang Anti Lompat Parti kerana ketidakstabilan dalam negara sejak PRU-14 adalah berpunca daripada lompat-melompat dikalangan Ahli-ahli Parlimen yang dipilih rakyat namun mengkhianati mandat rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau turut menyenaraikan Ahli-ahli Parlimen yang sudah melompat parti membabitkan wakil rakyat dari Umno, PKR, Warisan, Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS)
Secara ringkas, Ahli Parlimen lompat parti pasca PRU-14 yang disenaraikan beliau adalah:
- Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli-Umno) kini sertai Bersatu.
- Datuk Rozman Isli (Labuan-Umno) kini sertai Warisan
- Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Seri Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Zakaria Mohd Edris (Libaran-Umno) kini sertai Bersatu
- Yamani Hafez Musa (Sipitang-Umno) kini sertai Bersatu
- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak-PKR) kini sertai Bersatu
- Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang-PKR) kini sertai Bersatu
- Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota-PKR) kini sertai Bersatu
- Baru Bian (Selangau-PKR) kini menyertai Parti Sarawak Bersatu
- Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak-PKR) kini sertai Bersatu
- Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal-PKR) kini sertai Bersatu
- Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat-PKR) kini sertai Bersatu
- Datuk Seri Dr R Santhara Kumar (Segamat-PKR) kini sertai Bersatu
- Ali Biju (Seratok-PKR) kini menyertai Bersatu
- Willie Mongin (Puncak Borneo-PKR) kini sertai Bersatu
- Jonathan Yasin (Ranau-PKR) kini sertai Bersatu
- Datuk Masir Kujat (Sri Aman-GPS) keluar dari Parti Rakyat Sarawak kini sertai Parti Sarawak Bersatu (PSB)
- Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
- Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
- Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
- Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti.
- Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas setelah dipecat parti
- Datuk Seri Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading-Bersatu) kini jadi ahli Parlimen Bebas
- Tambat @ Jugah Muyang (Lubok Antu-PKR) kini jadi ahli Parlimen menyokong kerajaan Perikatan Nasional.
- Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis-Umno) keluar parti dan menjadi ahli Parlimen bebas. Bagaimanapun, status Anifah sebagai ahli Parlimen terbatal susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangannya pada PRU14.
- Larry Sng (Julau-PKR) kini jadi ahli Parlimen Bebas sokong PN
- Steven Choong (Tebrau-PKR) kini jadi ahli Parlimen Bebas sokong PN
- Datuk Seri Xavier Jayakumar (Kuala Langat-PKR) kini jadi ahli Parlimen Bebas sokong PN
- 40.Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang-PKR) lompat ke Bersatu dan kini isytihar masuk PBM.
Terdahulu Zuraida mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Bagaimanapun, Zuraida berkata, beliau akan terus menyokong kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Zuraida juga memaklumkan akan berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. – Malaysiapost

