Wan Fayhsal kagum semangat ‘influencer’ TikTok satupadukan belia

0
3

TIMBALAN Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kagum dengan semangat ‘influencer’ TikTok popular, Haqiem Stopa yang ingin menggunakan popularitinya di platform itu bagi menyatupadukan belia di Malaysia.

“Hari ini (semalam) saya menerima kunjungan Haqiem Stops, sorang anak muda berusia 22 tahun yang terkenal dengan jolokan ikon permotoran anak muda!

“Saya benar-benar berasa kagum dengan semangat dan keikhlasan Haqiem yang menyatakan keinginannya untuk menggunakan popularitinya sebagai platform menyatupadukan belia di negara ini,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, menerusi platform TikTok, Haqiem sering berkongsi video-video yang membakar semangat untuk orang ramai bagi terus berjuang selain memupuk sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, beliau turut menjemput Haqiem untuk menyertai sambutan ulang tahun ke-10 Santai Anak Utara (SAU) yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Insya-Allah, nanti Haqiem akan turut serta dalam acara SAU yang bakal dijalankan dalam masa terdekat! Ayuh anak muda, kita bersatu membina negara!,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here