Pemain skuad Piala Presiden Selangor meninggal dunia

0
2

PEMAIN skuad Piala Presiden Selangor, Muhammad Husni Idrus, 21, meninggal dunia malam tadi selepas dilaporkan rebah di sebuah restoran di Petaling Jaya.

Pemain yang beraksi di posisi penyerang itu sempat beraksi bersama skuad Piala Presiden Selangor menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) petang semalam.

Punca kematiannya bagaimanapun belum diketahui.

Sementara itu Selangor FC menerusi hantaran di Facebooknya mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Bersama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dan muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran untuk ahli keluarganya.

“Kami juga memohon agar kita dapat menghormati keluarganya dan bersama menjaga adab dalam kongsikan berita ini,” tulis hantaran itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here