Kes baharu Covid-19 kekal bawah 2,000

0
3

SEBANYAK 1,918 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,494,782.

Menurut data portal COVIDNOW, dua kematian direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini mencecah 35,647 kes.

Sehingga semalam, sebanyak 24,940 kes aktif yang direkodkan. Sementara, seramai 1,075 atau 4.3 peratus dirawat di hospital dengan 32 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, seramai 1,131,326 atau 31.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Sejumlah 1,683,567 atau 47.5 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama Covid-19 bagi kanak-kanak menerusi PICKids adalah pada 31 Mei ini.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,553 atau 93.5 peratus lengkap divaksin, manakala 3,007,101 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 16,084,603 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini menerima suntikan dos penggalak.

Manakala, 22,973,173 atau 97.6 peratus lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,249,459 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here