Remaja lepas tembakan di sekolah, 18 murid, seorang guru maut

0
2

SEKURANG-kurangnya 18 kanak-kanak dan seorang guru maut dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah rendah di selatan Texas.

Memetik laporan bbc.com, lelaki bersenjata berusia 18 tahun itu melepaskan tembakan di Sekolah Rendah Robb di bandar Uvalde sebelum dia dibunuh oleh penguatkuasa undang-undang, kata pegawai.

Penyiasat berkata, suspek bersenjatakan pistol, senapang separa automatik AR-15 dan magazin berkapasiti tinggi.

Remaja itu disyaki menembak neneknya ketika mula mengamuk.

Media tempatan melaporkan lelaki terbabit mungkin merupakan salah seorang pelajar sekolah menengah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Uvalde, Pete Arredondo berkata, tembakan bermula pada 11.32 waktu tempatan pada hari Selasa, dan penyiasat percaya penyerang bertindak sendirian semasa melakukan jenayah kejam itu.

“Guru yang terbunuh telah dinamakan dalam media AS sebagai Eva Mireles.

“Maklumat di web sekolah itu mengatakan dia mempunyai seorang anak perempuan di kolej.

“Hanya di bawah 500 murid mendaftar di sekolah Hispanik yang terletak sekitar 85 batu (135km) barat bandar San Antonio,” katanya.

Sementara itu, Agensi berita Associated Press melaporkan bahawa seorang pegawai Peronda Sempadan AS yang berada berhampiran ketika tembakan bermula meluru masuk ke sekolah dan menembak serta membunuh lelaki bersenjata itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here