Isu kanabis: Cadangan ahli politik semata-mata bersifat populis

0
2

Dr Akmal Saleh

ISU kanabis menjadi satu isu hangat apabila ada artis dan juga ahli politik yang menghangatkannya.

Bagi saya, semua komen perlulah disertakan dengan fakta dan bukti kajian, bukan hanya semata-mata komen yang bersifat populis dan tidak mempunyai data kajian.

Pertamanya,sebagai seorang doktor perubatan sudah tentu kami mengalu-alukan apa jua jenis ubat yang mampu untuk memberi kesembuhan pada pesakit, sama ada ubat sedia ada atau yang baru dijumpai.

Sama juga apabila bercakap mengenai ganja atau cannabis sebagai perubatan, ia mestilah disertakan dengan kajian yang benar-benar terbukti selamat untuk digunakan oleh manusia.

Saya kongsikan kajian yang telah dijalankan untuk mengenal pasti sama ada kanabis ini berupaya untuk mengubati penyakit ataupun tidak.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK425767/

Satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat untuk mengkaji sama ada kanabis ini mampu untuk merawati ataupun tidak penyakit seperti:
-chronic pain
-multiple sclerosis
-muntah akibat post chemotherapy
-posttraumatic stress disorder
-cancer
-epilepsy
-masalah usus
-cachexia
-glaucoma
-HIV/AIDS
-penyakit saraf
-tourrete syndrome
-parkinson disease
-dementia
-ketagihan
-traumatic brain injury
-shcizophrenia dan masalah mental yang lain.

Daripada kajian ini, hanya ‘chronic pain’ dan ‘multiple sclerosis spasticity’ sahaja yang menunjukkan bahawa kanabis/ganja mampu untuk memberikan rawatan kepada pesakitnya, manakala lain-lain penyakit tidak mempunyai bukti kukuh untuk menunjukkan bahawa kanabis berkesan untuk merawat penyakit tersebut.

Maka seharusnya satu kajian perlu dilakukan dengan lebih terperinci untuk memastikan ganja ini selamat dan berkesan digunakan untuk tujuan perubatan ataupun sebaliknya.

Bila kita bercakap mengenai soal kesihatan rakyat, ia bukan perkara yang boleh diambil remeh, apa jua yang melibatkan polisi kesihatan rakyat ia perlulah dilakukan kajian yang sangat teliti mengenai baik dan buruknya, bukanlah hanya bersifat populis semata-mata.

Keputusan yang dibuat hari ini akan menentukan masa depan generasi kita pada masa hadapan.

Jadi sepatutnya kita menggesa pihak berwajib untuk melakukan lebih lagi kajian mengenai penggunaan ganja/cannabis ini sebagai bahan ubatan sebelum kita terus meminta kerajaan untuk meluluskannya tanpa ada bukti yang kukuh.

Kita adalah pemimpin untuk menjaga rakyat, bukanlah untuk mencari populariti semata-mata, maka semua keputusan kita terutama yang melibatkan soal kesihatan rakyat perlulah dilakukan dengan kajian yang teliti.


Penulis ialah Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here