Warga PDRM ucap takziah kepada waris DSP Kenny

0
2

KETUA Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Deputi Supritendan (DSP) Kenneth James Woodworth.

Kenneth atau lebih mesra dipanggil Kenny adalah pegawai polis yang menumpaskan penjenayah paling dikehendaki Botak Chin dalam kejadian bersejarah 16 Februari 1976, telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya, semalam.

Mendiang adalah salah seorang Pegawai Kanan Polis dari Cawangan Jenayah Berat, Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang dipilih khas menganggotai “Magnificent 12” untuk memburu Botak Chin suatu ketika dahulu.

“Sesungguhnya, jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh pesara DSP Kenneth James Woodworth akan sentiasa dikenang sepanjang zaman dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat pasukan serta negara,” kata kenyataan PDRM, hari ini.

Jasad mendiang akan dibawa ke Gereja Holy Rosary, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi 23 Mei sehingga 9.30 malam 24 Mei ini, untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here