Ada bahan bukti kes SRC International libat Najib sengaja disembunyi – Zamil

0
2

TIMBALAN Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim hari ini tampil membuat laporan polis selepas mendakwa terdapat bahan bukti tuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak sengaja disembunyikan pihak tertentu.

Beliau berkata, laporan yang sama turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, semalam.

“Hari ini kita datang ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis ada kaitan dengan isu semalam yang kita lapor di SPRM.

“Kita percaya pihak polis ada akta-akta tertentu jika ada pihak yang menyalahgunakan kuasa mereka mengendalikan kes-kes tertentu,” katanya dalam hantaran Facebook.

Zamil berkata, menerusi dua laporan yang dibuat juga disertakan empat nama didakwa terlibat dalam kes SRC International Sdn Bhd.

“Saya juga menyatakan empat nama sama seperti di SPRM, empat nama itu kita serah pada pihak polis untuk siasat jika ada akta-akta berkaitan.

“Saya telah serahkan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada SPRM dan pihak polis. Sekali lagi saya minta maaf tidak dapat berkongsi maklumat yang diberikan kepada pihak polis,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here