Ibu bapa ada pilihan masing-masing mahu kongsi wajah anak atau tidak – Siti Nurhaliza

0
2

TATKALA ramai pihak yang mengulas perihal golongan selebriti enggan mendedahkan wajah anak di media sosial, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan pendapatnya tersendiri.

Siti Nurhaliza atau senang disapa Tokti memaklumkan setiap ibu bapa berhak untuk membuat pilihan sama ada terbuka untuk berkongsi wajah cahaya mata buat tontonan ramai ataupun sebaliknya.

“Bagi saya, itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing sebab setiap individu tentunya ada alasan mereka yang tersendiri. Semua orang ada pilihan.

“Saya pun ada pilihan saya dan saya hormat pilihan masing-masing,” kata pelantun lagu 7 Nasihat itu.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, semua pihak harus saling memahami dengan keputusan beberapa selebriti yang mengambil pilihan tidak mahu berkongsi wajah anak mereka kepada umum.

Tambahnya, sebagai pihak luar, orang ramai harus menghormati pilihan selebriti itu dan tidak sepatutnya timbul isu berkenaan perkara terbabit.

“Setiap daripada kita tahu apa yang terbaik dan sebab apa sesuatu tindakan itu perlu dibuat. Jadi, tak payah dan usahlah dipertikaikan,” katanya.

Pendapat Siti itu bagi menjawab persoalan berkenaan timbul isu berkenaan beberapa artis yang dikatakan berkongsi gambar anak mereka di media sosial namun menggunakan emoji untuk menutup wajah anak mereka.

Rata-rata netizen beranggapan tindakan itu adalah bagi mengelakkan ‘penyakit ain’ atau menjauhi daripada rasa iri atau hasad dengki.

Bagaimanapun, wujud pihak yang kurang senang dengan tindakan itu di mana mereka menganggap selebriti sengaja menutup wajah anak menggunakan emoji kerana mahu mendapat perhatian netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here