JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di negeri iaitu Perlis, Perak, Kedah dan Sabah sehingga jam 6 petang ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak).
“Termasuk Sabah: Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) sehingga 5 petang; Ahad, 22 Mei 2022,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

