Umno tiada pilihan jika Pas terus serang pimpinan Umno – Shahril Hamdan

0
2
Sharil_hamdan

ALIRAN beberapa pemimpin Pas untuk menyerang beberapa pemimpin Umno khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berterusan, kata Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan.

Menurutnya, terbaru Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memperlekeh Ahmad Zahid dengan mengatakan beliau berada dalam situasi ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana kononnya Presiden menolak Muafakat Nasional (MN).

“Andaikata Umno dan Pas tidak bersama dalam pakatan politik, ia akan menjadi keputusan parti. Bukan keputusan Presiden seorang.

“Justeru, usah cuba pecah belahkan atau cuba “isolate” Presiden Umno dimata ahli Umno. Cuba mengajak orang Umno sendiri marah kepada Presiden berhubung hal MN. Tidak akan berjaya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, Pas tidak perlu pandang jauh untuk cari sebab utama MN berada dalam nyawa-nyawa ikan dan hanya perlu semak tindakan mereka sendiri seperti kenyataan Muhammad Sanusi.

“Maka, jika ikhlas mahu cuba selamatkan MN. Jika masih ada jalan yang hendak dicari, setidak-tidaknya, berhenti dengan serangan misalnya yang terbaru ini apatah lagi label seperti “Umno itik patah kaki” dan “Presiden Umno ahli sihir”

“Berhenti dakwa hanya dua tiga orang tolak MN atau hendak kira-kira berapa orang sokong/tak sokong MN. Untuk makluman, Umno tidak buat keputusan pakatan politik ikut rasa individu,” tegasnya.

Beliau berkata, yang pasti, bukan dua tiga orang yang menolak kerjasama pakatan politik Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan Perikatan Nasional (PN).

“Mohon hormati keputusan itu. Barulah boleh ada sedikit sinar untuk diselamatkan.

“Tetapi kalau nada berterusan macam ini, anda akan membuatkan Umno dengan tiada pilihan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here