Industri bas terkesan kenaikan kos barang

0
2

SEKRETARIAT Gabungan Bas Malaysia (SGBM) menggesa kerajaan mengambil satu langkah proaktif serta inklusif berhubung kenaikan harga barangan kerana turut memberikan kesan terhadap industri bas. 

Pengerusinya, R Thiagarajan berkata, pihaknya memandang serius terhadap isu tersebut kerana ia telah memberikan kesan secara langsung terhadap kos pengoperasian kenderaan pengangkutan awam bas di seluruh Malaysia.

Menurutnya, kenaikan harga barangan seperti bateri, tayar, minyak selinder, peralatan ganti serta lain-lain yang berkaitan telah mengalami peningkatan hampir 20 hingga 40 peratus.

“Justeru, ia telah menyebabkan kesan ke atas kos pengoperasian yang dimana industri bas dalam proses pemulihan setelah dua tahun di impak dengan pandemik Covid-19. 

“Bukan itu sahaja, kos upah pembaikpulihan di bengkel dan kos upah tenaga kerja juga telah mengalami peningkatan dan ini telah menjejaskan tempoh pemulihan bagi pihak pemian industri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Thiagarajan, kadar tambang dan sewaan yang telah dikenakan sebelum ini tidak boleh dinaikkan begitu sahaja disebabkan isu berkenaan.

“Malah sekarang akibat kenaikan kos pengoperasian,pusingan modal bagi sesebuah syarikat telah menjadi sedikit dan ini sudah tentu akan mengakibatkan kerugian dalam masa terdekat. 

“Adalah patut industri yang terjejas teruk diberikan perhatian khusus dan pihak Kerajaan harus mengambil langkah untuk membendung kenaikan harga barangan, pengawalan yang tidak efisyen akan menyebabkan pemulihan industri bas akan terjejas teruk dan akan menyebabkan beban ke atas setiap pengusaha industri bas. 

“Tidak sampai beberapa bulan pandemik beralih endemik, kenaikan harga yang begitu ketara telah menyebabkan ramai pengusaha bas mengalami kesukaran dalam pemulihan.

“Sekiranya perkara ini tidak dibendung maka tidak ada gunanya tempoh pemulihan sepertimana yang diwarkan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Tambahnya, bukan itu sahaja, kenaikan OPR perbankan juga telah menambahkan beban apabila pihak perbankan tlah mengetatkan serta menaikan kadar faedah pinjaman.

“Dan ini sudah semestinya menyebabkan ramai pengusaha bas yang terkesan akibat pandemik Covid-19 hilang kelayakan sekali lagi dalam perkara tersebut,” katanya . – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here