Agong ucap tahniah Kontinjen negara capai sasaran 36 emas

0
2

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  menzahirkan ucapan tahniah kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-31 Hanoi, Vietnam atas kejayaan mencapai sasaran 36 pingat emas yang telah ditetapkan untuk temasya dwi-tahunan itu. 

Istana Negara menerusi hantaran di Facebook, memaklumkan Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa syukur atas pencapaian berkenaan dan penghargaan kepada para atlet yang telah berjaya merangkul pingat emas untuk negara, termasuk juga kepada para atlet yang telah meraih pingat perak dan gangsa.

“Kepada para atlet tidak berjaya membawa pulang pingat, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas semangat perjuangan yang telah dipamerkan dan harapan agar mereka tidak berputus asa serta terus berlatih dan bekerja keras untuk kejohanan-kejohanan mendatang.

“Kepada para atlet yang masih berjuang, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar kejayaan mencapai sasaran 36 pingat emas ini menjadi suntikan semangat untuk mereka menambah bilangan dan kedudukan pungutan pingat untuk negara,” kata hantaran Istana itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here