MN ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’ – Ahmad Zahid

0
2

KERJASAMA Umno dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata masa depan MN biar dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti.

“Hasil perbincangan itu nanti mungkin dibawa kepada kedua-dua parti untuk diputuskan,” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri Umno Bahagian Sungai Besar di Dewan Umno Bahagian Sungai Besar, semalam.

Sementara itu,mengulas mengenai terdapat Menteri kabinet yang turun di beberapa kawasan tertentu berkemungkinan mengintai peluang sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ahmad Zahid berkata, perkara itu terpulang kepada pemimpin tersebut.

“Tidak apalah, ini Hari Raya (Aidilfitri), datanglah. Dia hendak menyumbang bagi bantuan, kita terima siapa pun,” katanya.

Ditanya mengenai calon bagi menghadapi PRU-15 pula, Ahmad Zahid berkata, perkara itu belum diputuskan.

“(Soal) calon kita belum putuskan lagi,” kata beliau.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, kerjasama Umno dan Pas melalui MN perlu dilupakan pada PRU-15. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here