Hidupan liar spesies ‘Red Footed Tortoise’, ‘Indian Star Tortoise’ dirampas

0
2

TIGA hidupan liar disyaki spesies ‘Red Footed Tortoise’ termasuk ‘Indian Star Tortoise’ dirampas dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah premis di sekitar daerah Johor Bahru, Johor, kelmarin.

Menurut Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), kesemua hidupan liar itu dirampas susulan pemilik premis gagal mempamerkan dokumen penyimpanan hidupan liar terbabit semasa pemeriksaan dijalankan.

Katanya, operasi tersebut melibatkan anggota penguatkuasa daripada Jabatan PERHILITAN Negeri Johor dan Perbadanan Taman Negara Johor.

“Pemeriksaan ke atas premis berkenaan, telah merampas hidupan liar iaitu dua ekor disyaki spesies Red Footed Tortoise dan seekor disyaki spesies Indian Star Tortoise.

“Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Negeri Johor untuk tindakan dan siasatan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Justeru, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang operasi ini dijalankan,” katanya menerusi Facebook. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here