PRU15: Isham bidas Muhyiddin kaitkan Kluster Mahkamah, ‘pancing’ kerjasama PN-PH

0
2

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menyelar kenyataan Tan Sri Muhyiddin berhubung rundingan kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan mengaitkan ‘Kluster Mahkamah’.

Beliau berkata, kenyataan Muhyiddin bahawa kedua-dua parti itu perlu berunding dalam usaha memastikan ‘Kluster Mahkamah’ tidak mengawal negara selepas PRU15, sebagai tidak tepat.

“Tadi TS Muhyiddin kata PN dan PH perlu berunding kalau tak mahu kluster mahkamah kawal negara selepas PRU-15.

“Saya rasa tajuk yang betul (mungkin yang sebenarnya Muhyiddin fikir dalam kepala) adalah: ‘PN dan PH perlu berunding jika tak mahu jadi kluster mahkamah selepas PRU-15’,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, Muhyiddin berkata, PN masih belum mengadakan perbincangan rasmi dengan PH untuk bergabung pada PRU15.

Pengerusi PN itu berkata, bagaimanapun sudah ada usaha dilakukan pihak tertentu untuk mengelakkan pertembungan antara PN dan PH dalam PRU15.

“Secara rasmi tidak ada, tapi inisiatif yang diambil oleh pihak-pihak tertentu sudah ada untuk bincang cara mengelakkan pertembungan dalam pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional (BN).

“Usaha satu lawan satu macam yang saya dah umumkan beberapa minggu yang lepas, tapi itu belum sampai ke tahap yang dikatakan sudah selesai atau dapat keputusan,” katanya.

Menurut Muhyiddin, langkah itu disifatkan sebagai satu stratergi penting untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul sekali gus tidak membiarkan Kluster Mahkamah mengawal negara.

“Persoalannya bersediakah mereka nak duduk (bincang) apakah asas nak dibincangkan serta membuat keputusan, supara naratif kepada tindakan itu difahami,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here