Najib enggan ulas gambar tular dakwa ‘keluarga baru’

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas berkenaan gambar yang tular di media sosial sehingga timbul spekulasi mendakwa beliau mempunyai ‘keluarga baru’.

Ahli Parlimen Pekan itu dikatakan terus berjalan ke arah keretanya di luar Komples Mahkamah Kuala Lumpur, di Jalan Duta.

Najib ditemui selepas perbicaraan sebelah pagi berhubung dakwaan beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy terbabit dalam meminda laporan audit firma pelaburan negara itu.

Ketika diajukan soalan daripada pemberita Najib terus memasuki kenderaannya.

Semalam, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mengucapkan “selamat pengantin baru” kepada Najib dalam komen di Facebook.

Ia selepas bekas perdana menteri itu, memuat naik statusnya bersama Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

“Selamat pengantin baru Datuk Seri!” tulis Wan Wan Ahmad Fayhsal.

Komen itu dibuat selepas tersebarnya sekeping gambar Najib dengan seorang wanita, tular di media sosial.

Najib berkahwin kali pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada tahun 1976 ketika berusia 23 tahun.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Nizar, Mohd Nazifuddin dan Puteri Norlisa.

Selepas bercerai dengan Zainah pada 1987, Najib berkahwin pula dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

Mereka memperoleh dua orang cahaya mata iaitu Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.

Dua tahun lalu, tersebar dakwaan sama bahawa Najib berkahwin dengan seorang wanita berusia 50 tahun.

Wanita itu bagaimanapun menafikannya dan membuat laporan polis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here