SEBUAH video tular di TikTok menunjukkan seorang lelaki yang didakwa mirip seorang pelakon baru sedang melakukan aksi tidak senonoh bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya.
Menerusi klip video pendek tersebut, lelaki yang juga dikatakan anak kepada pendakwah terkenal itu, dilihat sedang berciuman dengan seorang wanita berambut panjang.
Video berdurasi 26 saat berkenaan memperlihatkan lelaki berkenaan turut berpelukan dengan wanita itu sebelum menciumnya di bibir.
Akaun TikTok itu turut mempamerkan Instagram wanita berkenaan yang dipercayai adalah kekasih pelakon terbabit kerana gambar mereka berdua digunakan sebagai gambar profil Instagram.
Video tular itu mengundang persoalan netizen berhubung kesahihan rakaman berkenaan. Selain itu, ada juga yang mengandaikan ia hanyalah pelanduk dua serupa serta disunting pihak tertentu.
Dalam pada itu, tinjaun ke profil Instagram pelakon berkenaan mendapati tiada kemas kini terbaru daripadanya.
Difahamkan, sehingga kini, pelakon tersebut masih belum memberi sebarang maklum balas mengenai isu terbabit kepada media yang cuba menghubunginya.
Malah, media juga sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada bapanya yang juga pendakwah terkenal berkenaan dengan video anaknya yang sedang tular.
Sebelum ini, pelakon sama juga dilapor pernah terpalit dengan kontroversi apabila video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita menjadi tular pada tahun lalu. – Malaysiapost
Kredit foto: Oh Media

