PENGARAH dan penerbit sensasi Micheal Ang ‘panas hati’ dengan sikap seorang pendatang baharu dalam dunia lakonan kerana bersikap ‘besar kepala’ walaupun masih masih baharu dalam industri berkenaan.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Micheal turut menasihatkan individu itu agar lebih profesional, selain meminta maaf kerana beremosi disebabkan perlu berhadapan dengan sikap pelakon baharu yang ‘buat perangai’.
Memberi gambaran pelakon itu berasal dari sebuah negeri Pantai Timur, Micheal berkata menjadi seorang pelakon bukan perkara mudah.
“Salam semua, maaf mengamuk. Tapi hanya nak cakap ini. Nak jadi artis bukan benda yang mudah. Kalau perangai macam ni baik duduk aje dekat Terengganu. Tak payah tanya saya siapa. Biarlah dia. tapi bila drama ni ditayangkan kamu boleh agak siapa pelakon itu,” tulisnya.
Dalam masa sama, Micheal berkata pendatang baharu dunia lakonan hanya memikirkan popular dan mahu terus dilayan seperti pelakon berpengalaman.
“Kau ingat masuk industri terus kau jadi hero Malaya? Memang tidak lah bo**h. semua orang start dari bawah,” katanya.
Pengarah drama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ itu juga menyelar tindakan pelakon itu yang tidak hadir ke set penggambaran tanpa sebab.
“Suka hati mak bapa kau tidak mahu datang set? Berlakon pun macam entah apa aje. Memang kau tidak ke mana la walaupun ada management jaga kau,” tulisnya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati luahan pengarah itu menerima reaksi beberapa pelakon seperti Sharifah Shahora, Hun Haqeem, Lia Natalia, dan Fizz Fairuz.
Bagaimanapun, Micheal tidak memberitahu dengan lanjut nama pelakon baharu yang dimaksudkan itu. – Malaysiapost

