Selepas beberapa bulan dirawat di IJN, Tun M akan berbasikal semula

0
2

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman semalam membuat ‘kunjungan raya’ ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabat bekas Perdana Menteri itu.

Turut menyertai beliau ialah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Menurut Syed Saddiq, Dr Mahathir memberitahu tahap kesihatannya baik, malah lebih baik berbanding sebelum menerima rawatan beberapa bulan lalu.

“Tun siap kata yang kesihatan dia lebih baik dari sebelum ini walaupun baru melalui pembedahan.

“Kini dia boleh berjalan lebih jauh daripada sebelumnya dan akan mula berbasikal semula. Bayangkan masih boleh berbasikal pada usia 97 tahun.

“Saya doakan supaya Tun M dan Tun Siti (Hasmah) sihat sentiasa,” kongsi Syed Saddiq menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari.

Namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Februari.

BACA LAGI: Ini bukan marketing, saya sudah tak tahan – Ustaz Kazim

Syed Saddiq adalah Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) ketika Bersatu dipimpin Dr Mahathir semasa era kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Malah Dr Mahathir ketika bergelar Perdana Menteri ketujuh telah melantik Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan di usia 25 tahun pada 2018. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here