Ebit Lew doakan ‘Ayah Chik’ panjang umur, sihat untuk terus berdakwah

0
2

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew, menzahirkan rasa syukur kerana dapat bertemu dan meluangkan masa dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ebit menjelaskan beliau begitu teruja kerana dapat meluangkan masa hampir dua jam bersama Abdul Hadi yang juga tokoh agama yang sangat disayangi dan disanjunginya.

“Syukur teramat sangat dapat menziarahi Guru yang teramat saya sanjungi dan sayangi Tuan Guru Tan Sri Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang.

“Tak terhitung nikmat melihat wajah orang alim dan mendengar mutiara ilmu. Sayu rasa hati melihat akhlaknya dan sifat rendah diri beliau,” katanya menerusi Facebook.

Kongsi Ebit lagi, Abdul Hadi turut memberi semangat supaya beliau meneruskan kerja dakwah dan membantu masyarakat.

“Dijamu makan paling best ada keropok lekor Terengganu. Hampir dua jam dapat dengar kisah akhlak dan dakwah. Dekat 10 buah buku kisah Khalifah dihadiahkan pada saya. Terharu rasa layanan Ayah Chik. Allahuakbar.

“Bersemangat Ayah Chik berkongsi nasihat dan panduan kasih sayang.. Ya Allah berjuta rahmat dan nikmat yang kau kurniakan padanya berilah sedikit buat diriku ini dhaif.

“Ya Allah panjangkanlah umurnya berilah kesihatan buat dirinya dan keluarganya,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here