Sukan SEA Hanoi: Sharmendran hadiahkan emas ke-32

0
2

JAGUH karate negara, R Sharmendran merangkul pingat emas hatrik pada Sukan SEA 2021 dengan memenangi saingan kumite lelaki bawah 75 kilogram (kg).

Sharmendran memastikan karate mencapai sasaran tiga emas yang diletakkan di Hanoi apabila menumpaskan pencabar dari Indonesia, Ignatius Joshua Kandou 3-1 dalam pertarungan akhir di Ninh Binh Gymnasium, sebentar tadi.

Peserta tuan rumah, Duc Thinh Chu hanya mampu berpuas hati meraih gangsa selepas menundukkan lawan dari Filipina, Prince Izmen Louis Alejo Escover keputusan 9-1.

Dua emas Malaysia dalam acara karate sebelum ini disumbangkan pendatang baharu, C. Shahmalarani dan H. Sureeya Sankar masing-masing dalam kumite 50kg wanita serta kumite 67kg lelaki.

Sebelum ini, Sharmendran terpaksa berehat lama akibat kecederaan lutut dan hanya mula membuat persediaan sejak Februari lalu dalam usaha mempertahankan reputasinya sejak temasya Kuala Lumpur 2017. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here