Permohonan Insentif Haji Muassasah Selangor dibuka

0
1

KERAJAAN Selangor bersetuju melaksanakan semula Insentif Haji Muassasah Selangor yang tertangguh dua tahun akibat Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata insentif yang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta itu akan memanfaatkan seramai 3,000 jemaah.

“Seramai 3,000 jemaah menerima wang tunai RM500 serta kit cenderamata mengandungi beg, penyahkuman tangan, losen, pelembap bibir, tuala muka dan tisu basah.

“Permohonan dibuka tiga bulan bermula Isnin ini (23 Mei) hingga 31 Ogos menerusi Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

“Bakal jemaah yang mahu memohon hanya perlu membawa kad pengenalan serta salinan surat tawaran mengerjakan haji yang lengkap dengan maklumat penerbangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, inisiatif itu akan diuruskan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Semoga inisiatif ini meringankan beban serta mempermudah urusan bakal tetamu-tetamu Allah yang terpilih,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here