Kenyataan berbaur hasutan, Najib gesa polis tangkap Kit Siang

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa polis menahan Veteran DAP, Lim Kit Siang susulan kenyataan berbaur hasutan dalam tulisan terkini di blognya, hari ini.

Menerusi catatan di blognya hari ini, Kit Siang membangkitkan persoalan sama ada wujud kemungkinan rumah Perdana Menteri dan Menteri-menteri di Malaysia dibakar oleh penunjuk perasaan seperti mana yang berlaku di Sri Lanka.

“Hello Pulis, minta mai tangkap penghasut ini. Uncle. Sekiranya dah bersara, buatlah cara bersara.

“Kenapa masih terus menipu dan menghasut Rakyat lagi?… Dah 60 tahun menghasut, masih tak puas?,” soalnya dalam hantaran Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, Kit Siang menjangkakan rumah Perdana Menteri dan menteri-menteri di Malaysia berkemungkinan akan dibakar oleh rakyat pada 2057 atau 2063.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, membuat andaian berkenaan susulan insiden penunjuk perasaan yang membakar rumah Perdana Menteri Sri Lanka minggu lalu, susulan krisis ekonomi yang melanda negara itu.

“Adakah mungkin rumah Perdana Menteri dan menteri-menteri di Malaysia dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas?.

“Perkara ini tidak akan berlaku hari ini, bulan ini, atau tahun ini, tetapi mungkinkah ia berlaku sebelum negara kita mencatatkan ulang tahunnya yang ke-100 pada 2057 atau 2063?,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here