PM bincang isu HSR, perjanjian Air dengan Singapura 

0
2

MALAYSIA dan Singapura semalam mengadakan perbincangan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang telah ditamatkan sebelum ini.  

Perkara itu dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan kunjungan hormat oleh Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di pejabat di Putrajaya, semalam. 

Menurut Perdana Menteri, selain berkaitan HSR, turut dibincangkan termasuklah projek Sistem Transit Pantas (RTS) aliran Johor Bahru-Singapura dan isu maritim serta ruang udara. 

Mereka turut membincangkan berkaitan sesi pemukiman pemimpin Malaysia dan Singapura ke 10, hubungan dua hala, pelaburan, pelancongan, rentas sempadan dan perjanjian Air Sungai Johor 1962. 

“Semoga hubungan dua hala Malaysia dan Singapura terus kukuh demi kemajuan bersama,” kata Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. 

Pada 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan bersama penamatan projek HSR apabila kedua-dua negara gagal capai persetujuan bagi perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.  

Pada Mac tahun lalu, Malaysia mengumumkan ia membayar SG$102.8 juta kepada Singapura bagi kos ditanggung untuk pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penangguhannya.  

Bagaimanapun pada 29 November 2021, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata republik itu terbuka menerima cadangan baharu dari Malaysia berkaitan projek itu walaupun kedua-dua negara sebelum ini bersetuju menamatkannya.  

Hsien Loong berkata, Kementerian Pengangkutan kedua-dua negara akan membincangkan perkara itu dan Singapura berharap menerima butiran lebih terperinci dari Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here