Mira Filzah umum nama anak sulung Wan Khair Amir

0
2

SELEPAS genap tujuh hari kelahiran cahaya mata sulung, pelakon popular, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar mendedahkan nama mereka kepada umum.

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman itu memuat naik beberapa keeping gambar semasa majlis tahnik dan bercukur baru-baru ini.

“Allahumma salli ala Muhammad, waala ali Muhammad. Hari ini hari ketujuh bersama putera tersayang kami.

“Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar,” katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, pasangan itu juga telah membuat akaun Instagram putera sulung mereka dengan menggunakan nama @wankhairamir.

“‘Khair’ membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).

“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” ujarnya.

Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir yang juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada September 2020. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here