KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama delegasi pergerakan itu berangkat ke Istanbul dan Adana, Turki malam tadi bagi memenuhi undangan ke Festival Sayap Pemuda Parti AKP.
Perhimpunan itu bakal dirasmikan oleh Presiden Parti AKP merangkap Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan.
Berkongsi di Facebooknya, Asyraf Wajdi mengucapkan terima kasih kepada pihak AKP kerana sudi mengundang dan membiayai perbelanjaan delegasi Pemuda Umno.
“Selain itu beberapa pertemuan strategik telah diatur oleh pihak mereka dengan pelbagai institusi strategik Turki termasuk pusat penyelidikan, think tank kerajaan, media, sektor korporat dan NGO.
“InsyaAllah, kami juga akan mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Turki.
“Tolong doakan agar musafir kami diberkati, dipermudahkanNya di samping bermanfaat untuk ummah dan kelangsungan perjuangan,” tulisnya. – Malaysiapost

