Tun jaga sajalah Pejuang, tak perlu campur urusan Umno – Shamsul Anuar

0
2

URUSAN Umno biarlah pemimpin dan ahli Umno uruskan, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

I susulan kenyataan Dr Mahathir semalam yang mendakwa pindaan Perlembagaan Umno bagi membolehkan pemilihan parti ditangguhkan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai tidak menghormati perlembagaan sendiri.

Menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri itu, Shamsul Anuar berkata Umno sebaliknya adalah parti yang mendengar kehendak akar umbi.

“Tun jaga sajalah Pejuang. Pejuang mudah saja, semua ikut kata Tun. Dibuat pemilihan (Datuk Seri) Mukhriz jadi Presiden, tak buat pemilihan pun Mukhriz jadi Presiden.

“Sebab Pejuang ditubuh bukan mahu membela rakyat dan bangunkan negara. Tun tubuh Pejuang sebab nak bagi anak kesayangan jadi Presiden,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Umno semalam meminda perlembagaan parti itu bagi membolehkan pemilihan ditangguhkan selama enam bulan selepas PRU.

Cadangan pindaan itu mendapat sokongan sebulat suara membabitkan kira-kira 2,580 perwakilan seluruh negara.

Usul itu dicadangkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang kemudian disokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here