‘Saya akan terus buat kontroversi’ – Vida

0
2

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida yang baru-baru ini dikecam netizen kerana muzik video lagu raya terbaharunya, dengan tegas memberitahu tidak merancang untuk berhenti mencetuskan kontroversi.

Menerusi hantaran video di media sosial, Vida berkata walaupun menerima pelbagai tekanan dan kecaman daripada netizen, namun perkata itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju.

“Saya akan terus buat kontroversi,” katanya dalam video itu.

Mengulas berkenaan nasihat netizen agar berhenti tampil dengan kontroversi, usahawan kosmetik itu berkata dia sentiasa mengingati umur dan terima dirinya semakin berusia.

“Siapa cakap saya tua? Saya masih look fresh. Saya menerima hakikat tua… habis itu (tua) nak suruh saya duduk tepi kubur?

“Kecaman tu memang stres tapi ia akan berlalu.

“Saya tak boleh slow nak berubah, biar korang semua terus tengok muka saya sampailah Cik B dan Kacak ambil alih empayar perniagaan saya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Vida dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan berhubung muzik video lagu Muah Muah Raya, yang mencetuskan kontroversi.

Muzik video lagu raya terbaharu Vida mendapat reaksi pelbagai pihak yang kurang senang dengan penampilan kumpulan penari dalam lagu tersebut.

Netizen menganggap usahawan kosmetik itu sengaja ingin meraih kecaman dengan memaparkan kumpulan penari ‘drag queen’ dikatakan cuba mempromosi elemen LGBT. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here