DAP bukan lagi tempat kaum Cina bergantung harapan.

0
2
KUALA LUMPUR 19 NOVEMBER 2015. Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii pada sidang selepas Mesyuarat Pemuda UMNO Wilayah di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh. NSTP/Abdullah Yusof

Datuk Mohd Razlan Rafii

SEKIAN lama DAP cuba menunjukkan sikap kononnya mereka mempunyai prinsip perjuangan sama rata, mereka juga manusia yang dibuai dengan harta dunia.

Berita Ong Kian Ming@ImokMan tidak mahu lagi bertanding di dalam PRU akan datang adalah satu daripada seribu berita kekecewaan pemimpin DAP.

Pemimpin muda yang datang dari akar umbi sering kali akan di ketepikan oleh pimpinan DAP apabila melihat pertembungan idea untuk terus percaya kepada perjuangan sama rata DAP.

Ong Kiang Ming kalah dalam pemilihan DAP, bukan beliau seorang sahaja, malah Tony Pua juga kalah, mereka diantara liabiliti kepada DAP sekiranya menang di dalam pemilihan baru-baru ini.

Kaum Cina melihat DAP sebagai parti yang boleh diharapkan untuk membantu kaum itu untuk membawa Cina lebih berjaya di dalam Malaysia, harapan yang diletakkan kepada DAP cukup tinggi, mereka mengharapkan agar layanan sama rata dapat diperjuangkan oleh DAP, perkara ini semuanya jelas retorik apabila DAP ditawarkan untuk memilih Prinsip Dasar DAP atau pun Kuasa.

Apabila dapat sahaja kuasa di tangan, DAP bertindak sebagai kacang lupakan kulit, pimpinan mereka tidak peduli berkenaan ekonomi, mereka tidak peduli dengan sempadan pendidikan malah mereka yang menduduki jawatan kerajaan ketika itu telah membawa banyak kerosakan kepada kerajaan, sehingga kaum Cina yang mengharapkan ekonomi dijaga, jatuh bankrap dan terpaksa membayar kerugian yang besar, kaum cina ditekan dengan pelbagai cukai, dipaksa membawa balik duit dari luar negara, malah banyak kontrak yang urusan ekonomi melibatkan swasta kerajaan dibatalkan.

DAP sanggup menahan geran Universiti Tunku Abdul Rahman hanya kerana ianya dibina dengan legasi MCA.

Sikap dendam DAP mahu mengambil jalan mudah mengambil alih Universiti yang popular untuk kaum Cina ini jelas telah menunjukkan DAP adalah parti yang tidak pedulikan perjuangan sama rata.

Memang mudah untuk merampas dari membina, DAP gagal untuk membina sebuah sistem pembelajaran untuk kaum Cina, mereka hanya pandai berkata-kata mencari salah, apabila telah mendapat kuasa, semua sikap sebenar mereka jelas terpampang untuk merampas pendidikan dari MCA.

Apabila DAP berpakat dengan Tun Mahathir, memang ramai yang sangsi bagaimana seorang yang sekian lama meracuni DAP boleh dipersetujui untuk menjadi ketua kepada DAP.

Ramai ahli DAP yang tidak setuju akan tindakan yang diambil oleh pimpinan mereka, namun terpaksa mereka gadaikan maruah perjuangan demi mengikut keputusan pucuk pimpinan demi kuasa dan jawatan kerajaan.

Muslihat Politik ini telah merobek asas perjuangan DAP, mereka melihat DAP sanggup “Deal with the Devil” hanya untuk mendapatkan kuasa, dengan beralasan mahu mengalahkan BN ketika itu, muslihat ini telah membuka mata ramai penyokong DAP bahawa DAP tidak ubah seperti Parti lain yang mereka benci.

Perjanjian syaitan yang dimeterai bersama Tun Mahathir telah menunjukkan wajah sebenar pimpinan mereka. Wajah yang berjuang sekian lama hanya demi jawatan di Putrajaya.

Apabila PRN Melaka berlangsung, DAP jelas masih menolak formula mahu bersama dengan PN, mereka kononnya dengan tegas dengan berprinsip tidak mahu dengan PN, namun dugaan kuasa datang sekali lagi tidak lama, apabila datang PRN Johor, sekali lagi dugaan kuasa menghantui DAP.

Kalah teruk di Melaka membuka mata untuk kerjasama dengan PN di Johor demi kuasa walaupun sudah dikhianati.

Di Johor, DAP bersetuju dan telah duduk semeja untuk membincangkan dengan Pengkhianat Negara (PN) untuk kerjasama politik demi mengalahkan BN, mereka masih tidak serik di tikam belakang, demi kuasa, sekali lagi mereka mahu bekerjasama dengan syaitan yang telah menipu mereka sebelum ini.

Kaum Cina sudah sekian lama mahu melihat DAP menjadi Kerajaan, membawa kepada kemakmuran dan sama rata dalam Malaysia, namun ianya semua adalah retorik.

DAP telah gagal menunjukkan pentadbiran yang baik dan berkesan dalam Malaysia, mereka lebih kepada sikap dendam dan membalas dendam, kaum peniaga yang selama ini menjalankan perniagaan dengan Kerajaan BN, semua mereka benci, DAP bersikap menggagalkan perniagaan mereka.

Ada beratus ribu cerita buruk dalam kalangan kaum Cina yang terkesan dari corak pentadbiran DAP.

Bukan hanya hari ini, malah sebelum-sebelum ini, pemimpin DAP yang percaya kepada kononnya DAP memperjuangkan kesamarataan keluar DAP apabila jelas melihat bukan itu sebenarnya Parti DAP.

Lebih ramai lagi akan menarik diri dari bertanding dalam PRU akan datang tanda kecewa dengan DAP.

Penulis adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here