Covid-19: Tiga kematian semalam

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia mula mencangkul tanah untuk menanam jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

JANGKITAN Covid-19 di Malaysia merekodkan sedikit penurunan semalam.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 2,239 jangkitan baharu direkodkan berbanding 2,373 sehari sebelumnya sekali gus merekodkan jumlah kumulatif kepada 4,478,112 kes.

Daripada jumlah kes positif itu, 4,411,762 pesakit telah sembuh manakala 30,735 kes masih aktif, termasuk 29,516 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah.

Berdasarkan portal COVIDNOW, seramai 1,170 pesakit masih dirawat di hospital, 45 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Hanya empat pesakit kini masih ditempatkan untuk rawatan di PKRC seluruh negara.

Sementara itu, tiga kematian direkodkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes BID. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here