Ibu bapa saudara ditahan disyaki dera kanak-kanak perempuan hingga mati

0
1

PASANGAN suami isteri ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Hospital Raja Peaisuri  Bainun (HRPB) Ipoh yang disyaki didera, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Minor Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menerima satu laporan daripada seorang pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, HRPB pada jam 3.14 pagi semalam.

Menurutnya, pegawai perubatan terbabit memaklumkan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak perempuan Melayu berusia lapan tahun.

“Kanak-kanak terbabit dibawa oleh ambulans dan telah disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 1.45 pagi semalam.

“Pemeriksaan ke atas badan mayat didapati terdapat kesan cedera disyaki akibat didera,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil bedah siasat tepah dijalankan oleh Pakar Patologi Jabatan Forensik HRPB dan didapati punca kematian adalah ‘multiple blunt injury’.

“Kes ini disiasar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan hasil siasatan pihak polis telah menghasilkan tangkapan ke atas sepasang suami isteri berusia 40 tahun.

“Suami isteri berkenaan adalah ibu dan bapa saudara mangsa yang juga penjaga kanak-kanak terbabit di Ipoh.

“Kedua-dua tangkapan akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan,” katanya.

Mior Faridalathrash, memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes berkenaan agar berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan S Dasarathan di talian 012-5644484 untuk membantu siasatan pihak polis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here