Umno telah maklumkan kepada RoS mengenai EGM- Ahmad Maslan

0
2
ahmad maslan

PERHIMPUNAN Agung Umno Khas (EGM) bagi meminda perlembagaan parti telah dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Perkara itu disahkan Setiuasaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu ketika memulakan perhimpunan khas berkenaan.

“Perhimpunan hari ini juga telah dimaklumkan kepada RoS,” katanya pada pembukaan (EGM) di Dewan Merdeka, WTC, Kuala Lumpur, hari ini.

EGM Umno diadakan bagi meminda perlembagaan untuk membolehkan pemilihan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU).

Seramai 2,586 perwakilan hadir pada EGM hari ini.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here