Ingkar PKP: 82 individu ditahan semalam

0
4

Fitri Nizam

SERAMAI 82 individu ditahan atas kesalahan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 75 individu dikompaun, enam direman manakala seorang lagi dibebaskan selepas dijamin.

“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk penjarakan fizikal (46), tidak memakai pelitup muka (23), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (12), serta aktiviti dalam pub/kelab malam (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng berjaya menahan 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua penyeludup.

“Turut dirampas adalah sebuah bot dan empat kenderaan darat.

“Sejak 1 Mei hingga 28 September, seramai 7,389 individu telah ditahan yang melibatkan 750 tekong, 6,344 PATI dan 295 penyeludup,” katanya. – Malaysiapost