Anak Bella menangis rindukan Aliff

0
4

Nurul Huda Abhar

AYDEN Adrean, anak pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz, terlalu merindui bapanya yang kini berada Singapura.

Menerusi satu video dimuat naik Bella di laman Instagramnya semalam, Ayden dilihat menangis teresak-esak sambil memanggil “daddy”.

Kanak-kanak itu juga menyebut tidak mahu masuk ke rumah, tetapi mahu ke Singapura untuk berjumpa dengan ayahnya, Alif.

“Daddy, daddy… Ayden tak nak masuk dalam rumah… Ayden nak masuk Singapore (Singapura),” tangisnya.

Menurut Bella dalam hantarannya, kejadian Ayden menangis kerana rindukan ayahnya sering terjadi semasa mereka terpisah akibat larangan rentas sempadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sebenarnya bukan sekali ini saja. Kadang cari mana dia rupanya tengah duduk menangis (kadangkala depan tandas) ingatkan jatuh rupanya cari daddynya,” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih melihat keadaan Ayden dan mendoakan agar keluarga itu dapat bersatu kembali dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Bella memberitahu tidak bertemu dengan suami sejak Mac lalu dan bersalin anak kedua tanpa kehadiran Aliff pada 18 Julai lalu.

Bella terus diuji apabila suaminya, dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai. – Malaysiapost

https://www.instagram.com/p/CFqxMemDhJI/?igshid=2qa3wk7bzjyn