Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri malam ini

0
2

JABATAN Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga jam 10 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kubang Pasu); Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Kelantan.

“Selain itu, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong); Selangor (Hulu Selangor, Petaling dan Hulu Langat);WP Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (Jelebu).

“Termasuk Johor (Johor Bahru); Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga) dan Bintulu.

“Serta Sabah: Pantai Barat (Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat sehingga 10 malam; Jumaat, 13 Mei 2022,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here