‘Langkah Anwar’: Majlis Presiden PH tak kompromi tegak keadilan, banteras rasuah

0
3

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) menegaskan tidak akan berkompromi menegakkan keadilan serta membanteras amalan rasuah dalam usaha mengembalikan mandat rakyat, seperti dinyatakan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Walau apa sekalipun langkah diambil dalam mengembalikan mandat rakyat, iltizam dan komitmen terhadap perjuangan menegakkan keadilan, membanteras amalan rasuah, dan memperbaiki institusi termasuk badan kehakiman tidak boleh dikompromi,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Menurut kenyataan itu, PH turut mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong sembuh dari sebarang masalah kesihatan dan kekal di bawah lindungan Ilahi.

Majlis Presiden PH semalam mengadakan mesyuarat bulanan yang dipengerusikan Anwar.

Antara lain, ia membincangkan beberapa perkara termasuk keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah, serta usaha di peringkat Persekutuan untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

Minggu lalu, Anwar yang juga Presiden PKR mendakwa memperoleh sokongan kukuh daripada majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu. – Malaysiapost