‘Kelas pagi ini sangat sayu’ – rakan mangsa nahas 

0
2

RAKAN-rakan kelas mangsa kemalangan ngeri selepas Terowong Menora, Perak, tengah malam tadi masih terkejut dengan insiden mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). 

Menerusi hantaran yang tular dan dikongsi di media sosial, rakan-rakan lima mangsa memberitahu suasana kelas pada pagi ini agak berlainan. 

“Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pemergian sahabat dalam kemalangan awal pagi sebelum Terowong Menora. 

“Mak ayah Allahyarham masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk mengecam mayat anak-anak mereka kerana mereka semua rentung dalam kemalangan. Al-Fatihah,” kata hantaran itu. 

Mangsa yang rentung dalam nahas itu adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak. 

“Al-Fatihah. Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat,”tulis hantaran itu lagi.

USAS melancarkan derma kilat bagi meringankan beban keluarga semua mangsa.

Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasun adalah pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam; Ahmad Naim Najmi (Sarjana Muda Kaunseling); Muhammad Nabil Haikal (Diploma Pentadbiran Perniagaan) dan Ahmad Akmal (Diploma Kaunseling Islami). 

Difahamkan, lima sahabat itu sedang keluar kawasan atau ‘outing’ ke Ipoh menaiki kereta yang disewa memandangkan tiada kelas pembelajaran semalam.  

Sementara itu USAS melancarkan sumbangan derma kilat bagi meringankan beban keluarga mangsa. 

Menerusi hantaran dimuatnaik di Facebook universiti itu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB BANK 7614015030 iaitu Persatuan Business Administration Students Society. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here