Ringgit turun naik kerana nilainya tidak ditetap, dijamin kerajaan – Tun M

0
2
Tun Dr Mahathir Mohamad

TUN Dr Mahathir Mohamad berpendapat nilai ringgit ketika ini naik turun kerana nilainya tidak ditetap dan dijamin oleh kerajaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata ia berbeza seperti yang pernah beliau laksanakan pada hujung 1990-an lalu yang mampu mengukuh kembali nilai ringgit.

“Apabila kita tetapkan nilai ringgit pada RM3.80 satu Dollar Amerika Syarikat (AS) dan kita jamin bekalan Dollar AS kepada sesiapa yang sanggup membayar RM3.80 untuk 1 Dollar AS, maka nilai ringgit tidak lagi akan turun naik.

“Dan peniaga mata wang pun tidak dapat turunkan nilai ringgit dengan menjual ringgit dengan banyaknya untuk jatuhkan nilainya.

“Sebaliknya jika peminjam hutang Dollar dan nilai Dollar naik, lebih banyak ringgit diperlukan untuk membayar hutang satu Dollar. Ini merugikan peminjam dan menguntungkan peniaga mata wang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Dr Mahathir berkata ketika ini dagangan Malaysia melonjak naik yang menyumbang kepada ekonomi negara namun pada masa sama wabak Covid-19 menyebabkan nilai ringgit tidak stabil, iaitu ada masa ia naik dan ada masa menurun.

“Bagi peniaga yang import bahan dengan Dollar AS atau meminjamnya, jatuhnya nilai ringgit berbanding Dollar AS meningkatkan Ringgit kos pengeluaran dan harga pasar produk. Kerana kenaikan ini harga baru jualan perlu ambil kira nilai ringgit berbanding dengan Dollar AS.

“Tetapi jangan cakap berkenaan fixed exchange rate. Ini taboo, haram. Ya. Pada 1997-8 fixed exchange rate selamatkan kita. Tetapi itu kerana orang politik tidak faham sistem kewangan. Jangan ikut mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here