Salama Samheizy nama anak ketiga Syatilla Melvin

0
2

PELAKON Syatilla Melvin yang selamat bersalin pada Isnin lalu berkongsi di ruangan Instagram wajah anak ketiganya buat tatapan peminat.

Dalam hantaran itu, Syatilla yang juga isteri kepada pelakon terkenal Shaheizy Sam mengumumkan nama Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam dipilih bagi cahaya mata baharu mereka.

Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam nama anak ketiga Syatilla Melvin

“Salam semua mempersembahkan hasil menuai kami yang ke-3. Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam. 3.05 kilogram (kg).

“Keluar ikut tingkap (pembedahan). Dagu tetap,” tulisnya ringkas.

Isnin lalu, Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan menerusi pembedahan sekitar jam 10.30 pagi.

Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here